Thank You!

Friday, June 24, 2011

How To Sleep Well





Its almost 4 am and I can't sleep! Kalau call kawan mahu kena terajang nanti! It's miserable when you can't sleep! Nothing is more frustrating than not being able to sleep. Tossing and turning. Just like what am doing right now! Grrrr! But wait, look what I've found just now -> How To Sleep Well. Hurmm. Lets check it out...


  • Tidur bila mengantuk. [Sleep only when sleepy]
Untuk mengurangkan masa berjaga di atas katil sama ada katil single, queen atau king kong. Ehh ada ke orang yang tidur tapi tak mengantuk? Itu bukan manusia. Itu alien la woi! --"

  • Jika tak boleh tidur dalam masa 20 minit, bangun dan buat sesuatu yang bosan sampai rasa mengantuk. [If you can't fall asleep within 20 minutes, get up and do something boring until you feel sleepy]
Duduk diam diam dalam gelap. Dah macam main nyorok nyorok la pulak. Kalau takut, boleh ajak jiran rumah sebelah kanan datang teman. Tapi mesti yang sama jantina kalau tak nanti... Ehem ehem *sorry terbatuk batuk pulak*. Atau pun baca warranty card dekat peti sejuk. Baca ulang ulang sampai rasa mengantuk! Selagi tak mengantuk jangan berhenti. Jangan risau anda tidak keseorangan sebab banyak lipas lipas yang akan menemani anda. Gross! Jangan expose diri anda pada cahaya yang terang semasa sedang berjaga. Cahaya memberi signal kepada otak kita bahawa masa untuk bangun sekarang. Hanya cahaya keimanan sahaja tidak memberi signal ini. HAHA...


  • Jangan tidur siang. [Don't take naps]
Ini untuk memastikan anda betul keletihan masa nak tidur. Kalau betul tak larat atau dah memang tabiat tu suka tidur petang sejak azali lagi tidur jela. Takut meroyan pulak nanti. Hurm tidur saja tapi pastikan kurang 1 jam dan kalau boleh sebelum pukul 3 petang. Pfffttt!


  • Bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari. [Get up and go to bed the same time every day]
Walaupun pada weekends. Ya Sabtu dan Ahad. Ulang lagi sekali sabtu dan AHAD! Apabila kitaran tidur kita menjadi tetap, kita akan rasa lebih segar. Alamak step ni yang macam payah bin liat je nak buat. Gila apa kena bangun awal on weekends. Time ni la nak mimpi dating dengan Justin Timberlake bagai semua kan. Uhuk uhuk. Susah sangat ni. SKIP! Jom check next tips...

  • Elakkan membuat senaman kurang 4 jam sebelum masa tidur. [Refrain from exercise at least 4 hours before bedtime]
Senaman digalakkan untuk membantu anda tidur nyenyak. Tapi timing untuk bersenam tu kena lah sesuai. Jangan lah bersenam malam malam. Ahli sukan pun tak segigih korang malam malam buta macam ni. Kalau boleh bersenam pada waktu pagi atau di awal tengah hari.

  • Ritual tidur. [Develop sleep rituals]
Penting untuk bagi isyarat kepada badan masa untuk slow down dan tidur. Dengar lagu lagu yang relax atau baca apa apa yang merehatkan minda atau boleh buat senaman ringan. Tapi kalau anda peminat lagu heavy metal yang tegar, boleh jugak dengar lagu lagu metal. Jangan lupa buat head banging. Ini pun dikira relaxing exercise sebelum tidur. Semoga tertidur hendaknya!

  • Gunakan katil untuk tidur sahaja. [Only use your bed for sleeping]
Elak menggunakan katil untuk menonton tv, check segala bil bil anda, membaca, buat kerja rumah atau MAKAN! Alamak kecik hati aku baca tip ni. Orang yang buat tip ni macam kenal aku je. Ni kerja nak perli aku la kan. Memang hobby aku pun mencekik atas katil. Spaghetti, nasi goreng, laksa semua aku dah pernah balun atas katil. Sebab tu la cadar aku ni unik sikit. Dekat kedai takde jual cadar macam ni! Korang ada? Bhahahahhaha...


  • Jauhi caffeine, nicotine dan alcohol sekurangnya 4-6 jam sebelum tidur. [Stay away from caffeine, nicotine and alcohol at least 4-6 hours before bed]
Caffeine dan nicotine akan menganggu keupayaan badan untuk rasa mengantuk. Contoh benda yang mengandungi caffeine dan nicotine adalah coffee, tea, dan rokok. Sebab tu kalau orang tak nak tidur dorang akan minum coffee atau nescafe banyak banyak. Kalau yang nak berjaga lama akan mandi dengan air coffee dan nescafe. Aku memang tak boleh minum dua benda ni. Nanti aku jadi mabuk. Kepala terus neno neno dan ting tong. Alcohol pulak kelihatan membantu untuk tidur pada awalnya kerana ia memperlahankan aktiviti otak kita tapi akhirnya anda akan mengalami gangguan tidur.


  • Makan makanan yang ringan sebelum tidur. [Have a light snack before bed]
Jika perut kita kosong, ianya akan mengganggu tidur. Tapi kalau makan makanan yang berat sebelum tidur pun akan mengganggu jugak. Produk tenusu mengandungi tryptophan yang bertindak sebagai agen tidur semulajadi. Susu suam adalah sangat digalakkan. Kalau anda tak minum susu macam aku jangan nangis nangis baru nak menyesal. Banyak lagi tips kita boleh try *saja amik hati sendiri*. Okay next...

  • Mandi air panas 90 minit sebelum tidur. [Take a hot bath 90 minutes before bedtime]
Mandi air panas akan menaikkan suhu badan kita tapi kemudian suhu badan kita akan menurun dan ini membuatkan kita rasa mengantuk. Jangan pulak korang tertidur dalam bilik air tu. Lemas nanti takde orang nak datang rescue. Bomba semua dah tidur.

  • Pastikan katil dan bilik tidur tenang dan selesa. [Make sure your bed and bedroom are quiet and comfortable]
Bilik tidur yang panas boleh menimbulkan ketidakselesaan. Bilik tidur yang sejuk bersama selimut adalah digalakkan. Bagi yang tak berkemampuan memasang air-cond boleh la cari rumah dekat Genting Highlands. Dijamin sejuk bilik anda tanpa memerlukan air-cond. Jimat pun jimat ye tak? Jika cahaya pagi menganggu, dapatkan penutup mata seperti blackout shades atau pakai slumber mask. Atau pun jika anda seorang yang kreatif dan inovatif boleh letak kan hirisan timun untuk menutup mata. Jika bunyi mengganggu anda, pakai penutup telinga atau guna 'white noise' machine. Nak sumbat telinga dengan tissue atau kapas pun boleh. Macam cerita Bujang Lapok. Apa ada hal kan Ramlee, Sudin dan Ajis?

  • Gunakan cahaya matahari untuk menetapkan jam biologikal. [Use sunlight to set your biological clock]
Selepas sahaja bangun pagi, keluar dan mengadap muka kepada matahari dalam 15 minit. Jangan buat lama lama nanti rentung!




P.S : Okay la I nak try one of the steps. Nak pergi cari peti ais dekat kitchen. Hopefully dapat tidur dengan berjayanya. Good night people! :)







Thank you for reading!




2 comments:

  1. wah..bagus tips ni..APis pun susah nk tido nih.. :D

    ReplyDelete
  2. Sama la kita!! Try la one of those tips! Semoga berjaya! HAHA :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...